Sunday 2 October 2011

Segmen Perkongsian Ilmu (1)


PENGIRAAN BERAT BADAN YANG UNGGUL





a) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau
Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]
b) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:
23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)
Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :
Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.
Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.

PETUNJUK BMI
Kurang 18.5 Kurang berat badan
18.5 hingga 24.9 Berat badan sihat
25 hingga 29.9 Berat badan berlebihan
30 hingga 39.9 Obesiti
40 ke atas Obesiti morbid 
(Obesiti dikategorikan sebagai morbid atau berpenyakit apabila tisu-tisu lemak badan menjadi keterlaluan.
Dalam masa yang sama, ia mengganggu atau mencederakan organ-organ badan yang lain, menyebabkan masalah kesihatan yang serius.)

Friday 30 September 2011

KATMO Bawah 10THN

Salam,

Kejohanan KATMO telah berlangsung pada 28 -30 September yang lalu. 20 pasukan telah mengambil bahagia dan kejohanan ini diadakan di SK Kampung Tunku, Petaling Jaya. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Johan : SK Seksyen 11 

N.Johan : SJK ( C ) Damansara
Ketiga : SK Seksyen 7

Pemain yang terpilih untuk KATMO peringkat negeri Selangor
1. Mohd Syafiq
2. Mohd Najib
3. Muhsin
4. Danial
5. Vimal
6. Wesley Chong
7. Mohd Shahrul
8. Mohd Khalif
9. Mohd Irfan
10. Mohd Faiz
11. Amir Danial
12.Navin
13. Johan Shahrdin
14. Mohd Hazeq

* Senarai pemain akan di rombak semula selepas menjalani latihan pusat

Cikgu Sukan

Power Balance

Promosi Power Balance, Performance Technology.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Power Balance, boleh mengemukakan tempahan anda di sini.

Harga : RM150 nett ( Pasaran RM169.90)

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Cikgu Sukan, saya amat mengalu-alukan cadangan serta komen untuk menambah baik blog ini.. Blog ini masih lagi dalam pembikinan dan isya allah akan di kemas kini dari masa ke semasa. Semoga blog ini dakan dapat memanfaatkan cikgu-cikgu sukan khasnya..

Cikgu sukan.