Sunday 2 October 2011

Segmen Perkongsian Ilmu (1)


PENGIRAAN BERAT BADAN YANG UNGGUL





a) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau
Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]
b) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:
23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)
Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :
Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.
Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.

PETUNJUK BMI
Kurang 18.5 Kurang berat badan
18.5 hingga 24.9 Berat badan sihat
25 hingga 29.9 Berat badan berlebihan
30 hingga 39.9 Obesiti
40 ke atas Obesiti morbid 
(Obesiti dikategorikan sebagai morbid atau berpenyakit apabila tisu-tisu lemak badan menjadi keterlaluan.
Dalam masa yang sama, ia mengganggu atau mencederakan organ-organ badan yang lain, menyebabkan masalah kesihatan yang serius.)