Saturday 16 June 2012

CONTOH KATA-KATA ALUAN KST2012


Kata-kata aluan YDP PIBG En. Abdul Aziz b Idrus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Hasrat untuk melahirkan atlet bertaraf dunia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Ianya memerlukan sokongan dan komitmen semua pihak termasuk ibu bapa, penjaga, pihak luar yang berpengalaman dan terlatih serta guru-guru.

Penyertaan pelajar dalam acara sukan boleh membentuk dan membina watak dan jati diri pelajar. Sukan juga mampu menjadi wadah penjana integrasi kaum dalam konteks masyarakat berbilang kaum. Melalui sukan, seseorang pelajar akan dapat menghayati erti disiplin kendiri,kesungguhan,peri pentingnya menepati waktu serta perancangan yang rapi sebelum mencapai matlamat untuk menjadi juara.

            Dalam memonopoli sukan sebagai wadah negara,guru-guru telah meneruskan usaha gigih tanpa jemu dalam mengenalpasti bakat-bakat muda agar mereka mendapat membimbing dan asuhan yang terbaik agar objektif melahirkan atlet dan bertaraf dunia akan tercapai. 

            Akhir kata,saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih serta tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Tahunan SKDD 1 2009 atas usaha gigih menjayakan kejohanan pada tahun ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

EN. ABDUL AZIZ B IDRUS


...................................................................................................................................................


Kata-kata aluan Guru Besar SKDD1, Puan Kamariah bt Hj Mohd Dawam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, saya bekesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke -7, pada tahun 2009 ini. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan daripada saya kepada jawatankuasa pengelola pada tahun ini.
Kementerian Pendidikan sentiasa beruasaha untuk memperlengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang selaras dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan berketrampilan.
 Kementerian Pendidikan Malaysia juga mewujudkan program kokurikulum di sekolah-sekolah dengan anggapan bahawa perkembangan pelajar haruslah seimbang dari segi intelek,jasmani,rohani,emosi dan sosial. Oleh itu, usaha murni guru-guru akan dapat menanam sifat positif di kalangan murid-murid ini.
Selain itu, pemupukan nilai-nilai murni, melalui Kejohanan Olahraga Tahunan ini juga dapat memberi ruang dan peluang kepada murid-murid untuk menimba sebanyak yang boleh, pengetahuan dan pengalaman dalam membentuk pelajar yang aktif,bertanggungjawab,berdaya saing,berdisiplin serta sentiasa akur dan bersikap positif terhadap peraturan dan undang-undang.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada jawatakuasa pengelola serta semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Sekian.

PUAN KAMARIAH BT HJ MOHD DAWAM.

No comments:

Post a Comment